Pengikut

Sabtu, 31 Disember 2011

SukaDuka 2011 & Salam 2012 :)


Alhamdulillah. selamat berakhirnya tahun 2011 dan akan datang tahun 2012.
tak sangka sekejap je masa berlalu..
miss N pun tak sangka sekarang dah semester akhir di UiTM City Campus Jb. insyaALLAH ini adalah semesterku yg terakhir di UiTM ni.
....

Wahai 2011,

terima kasih kerana memberi saya bermacam-macam kisah kehidupan sama ada yang manis atau pahit. ouh i guess byk yg manis je :D Alhamdulillah.
Segala jasa dan memories in 2011 tak kan saya lupa. ianya menjadi pengajaran untuk diri ini untuk menghadapi masa hadapan dan akan saya bawa dalam menuju kedewasaan ini, :P

AyahIbu,
Tabahlah menghadapi ujian dari Allah semoga hujan yang turun ini akan berhenti dan menghadiahkan pelangi. Semoga senyuman dari bibirmu tidak akan mati.
ketabahanmu menguatkan semangatku. Semoga berlalulah awan mendung itu.

kakak,
semoga apa yang terjadi menjadi pengajarn kepada dirimu. tak ada sesiapa pun yang sempurna dan tak de sesiapa yg tak lari dari melakukan kesalahan, cuma ingatlah jangan diulangi kebodohan itu. hadapilah kenyataan masa kini. ketahuilah semua orang sangat menyayangi dirimu.

Adikku, Yaya,
Doaku agar dikau sentiasa diberikan kecemerlangan dalam kehidupan mu. sabarlh dengan setiap dugaan itu. Sesungguhnya Allah sayang kita sebab tu DIA uji kita. Fikirlah secara rasional dan berbincanglah sebelum membuat keputusan. Semoga hanya yang terbaik buat dirimu.

Miss N,
Kuatkan hati dan semangat mu dalam mengharungi liku-liku hidup ini. jangan cepat berserah pada takdir. Allah tak mengubah takdir seseorang melainkan kita sendiri yang mencoraknya. Berusahalah selagi boleh. Ingatlah Allah sentiasa bersama kita.

Awak,
Semoga tahun baru ini akan memberi kemudahan kepada awak menghadapi dugaan dan nikmat dariNya. Semoga awak mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. InsyaAllah. Semoga dipertemukan jodoh antara kita. Ameen!.
....

2012
"Ya Allah permudahkan lah urusanku di tahun baru ini. berikan lah aku petunjuk di setiap keputusan yang aku lakukan. berilah aku ketabahan mengharungi dugaan dan nikmat yang kau beri. INSYAALLAH.
....
Ya Allah berilah aku petunjuk jodohku agar aku tidak mengharap kepadanya Ya Allah. Semoga sinar tahun baru ini akan memberi seribu kemanisan dalam hidup aku. :D


Salam tahun 2012,
Miss N

Tiada ulasan:

Catat Ulasan